Walaupun dunia berada dalam genggaman, namun akhirat tetap di hati, walau setinggi mana darjat kita di dunia ini, hati tetap menghambakan diri pada Allah Yang Maha Kuasa, semulia mana diri kita, ke tanah jua kita akhirnya
Gantungkan cita-citamu setinggi langit. Sekiranya ia jatuh, ia jatuh di puncak gunung bukannya di lembah jurang.
Tak semestinya apa yang kita lihat itu benar belaka, kadangkala pandangan mata sering menipu. Selidikilah apa yang kita lihat dan pastikanlah kebenarannya.
Ilmu adalah petunjuk amal, faham adalah peti ilmu, akal adalah pemimpin bagi kebaikan, nafsu adalah kapal dosa, harta adalah laksana jubah bagi orang-orang yang sombong, dan dunia adalah pekan akhirat.
Gersang bumi tanpa hujan, gersang hati tanpa iman. Barangsiapa menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu, maka Allah memudahkan baginya jalan untuk ke syurga.
Sebesar-besar ibadat ialah berfikir tentang Allah.
Tanpa amal lunturlah iman, tanpa iman sepilah ibadat, tanpa ibadat hilanglah nur di hati, tanpa nur pudarlah akhlakmu
Tiada yang dapat mengubah nasibmu kecuali dengan usaha dan tawakalmu. Percaya di dalam semua pekerjaan ada kejayaan dan kegagalan. Istiqamah dalam semua pekerjaan lebih baik dari kamu hanya bersungguh-sungguh daripada tidak mendapat apa-apa.
Hidupnya jiwa kerana ilmu, maka rebutlah ilmu. Matinya jiwa kerana kejahilan, maka jauhilah kejahilan.
Kebahagiaan itu akan dapat dicapai dengan jalan iktikad yang benar, yakin iman dan agama.
Buah akal adalah ilmu pengetahuan, buah jiwa adalah iman, buah fikiran adalah kemajuan. Alangkah indahnya jika ketiga-tiga anggota ini melahirkan buah dalam kehidupannya.
Insan yang berjiwa hamba adalah menggunakan akal dan roh dalam hidupnya, insan yang berjiwa binatang adalah menggunakan roh dan jasad dalam hidupnya, insan yang berjiwa akal, roh dan jasad dalam hidupnya adalah di sisi Allah.
Dunia ini bagai satu titian yang harus ditempuhi oleh setiap yang hidup. Oleh itu menitilah dengan berpegangkan kayu keimanan yang kukuh.
Kehidupan ini adalah suatu perjalanan yang nun jauh. hanya kita yang menentukan sama ada kapal itu sampai di tepian atau karam di lautan.
Bukanlah kemiskinan itu dari tiadanya harta, tetapi kemiskinan itu adalah miskin hati dan jiwa dari keimanan. Bukanlah kekayaan itu dari banyaknya harta, tetapi kekayaan itu adalah kaya hati dan jiwa dengan keimanan.
Satu gunung tanggungjawab yang sedang dan bakal dipikul adalah merupakan amanah dari Allah. Anggap ia satu ujian sebelum menikmati nikmat syurga yang tak terperi seronoknya
Anggaplah selalu dunia ini sebagai suatu ladang ibadah yang sangat luas, kiranya akan membuatkan keimanan kita semakin kuat dan kukuh
Barangsiapa melakukan ketaatan dalam keadaan menangis, nescaya Allah memasukkannya ke dalam syurga dalam keadaan ketawa.
Manusia boleh jadi alpa oleh kekayaan tetapi manusia tidak boleh lari dari kenyataan. Janji kita pada manusio boleh ditolak tepi tetapi janji kita pada Allah tidak boleh dimungkiri.
Ilmu itu bagai haiwan liar, jadi tambatlah ia dengan tali kesungguhan.
Barangsiapa tidak beradab, tiadalah ilmunya, Barangsiapa tidak sabar, tiadalah agamanya,
Barangsiapa tidak warak, tiadalah darjatnya di sisi Allah.
Jadilah hamba kepada pahala, jangan jadi raja kepada dosa, supaya kita mampu untuk mengejar nikmat syurga dan tidak pula dikejar azab neraka.