REJAB yang ditinggalkan
August 31, 2006 by ruha
Rasanya macam dah terlalu lewat untuk mengucapkan selamat tingal pada Rejab 1427, tapi sebenarnya dah masuk beberapa hari bulan Syaaban. Dan juga dah tak lama dah nak berpuasa.
Allah Subhanahu Wata’ala, telah menganugerahkan rahmatNya kepada hambaNya yang menjadikan bulan Rejab, Syaaban dan Ramadan, bulan yang dikurniakan ratusan dan ribuan ganda pahala ibadat yang tiada terdapat pada bulan2 yang lain. Sehingga dinamakan
REJAB bulan Allah
SYAABAN bulan Nabi Muhammad
RAMADAN bulan umat Muhammad
Pada bulan2 ini, terbukanya pintu langit dan terbukanya pintu Syurga.
Dengan artikata lain, Bulan yang diterima Allah doa2 hambaNya, Bulan hambaNya menempah Syurga Bulan digalakkan hambaNya banyak beristiqfar, Bulan yang mudah diterima keampunan dan taubat, Bulan untuk hambaNya memperbanyakkan amal ibadat, Bulan yang mudah untuk mendapat keredhaanNya. Maka beruntunglah bagi mereka2 yang tidak melepaskan peluang ini rugilah kepada mereka yang leka, terlupa atau tidak mengetahui akan peluang ini.
BULAN SYAABAN
Sabda Nabi s.a.w. :-
‘Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.’
Berkata Siti Aisyah r.a. :-
‘Bulan yang lebih dikasihi oleh Rasulullah S.A.W. ialah bulan Syaaban.’
Sabda Nabi S.A.W. :-
‘Syaaban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani).’
Sabda Nabi S.A.W. :-
‘Bahawa puasa Syaaban kerana membesarkan Ramadhan, siapa berpuasa tiga hari daripada bulan Syaaban, kemudian dia berselawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa, maka diampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu,diberkatkan rezkinya baginya. Bahawa Allah membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat.’
Sabda Nabi S.A.W :-
‘Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak, dan puasa yang lebih afdhal sesudah Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban.’
Sabda Nabi S.A.W :-
‘Bahawa kelebihan Rejab atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan Quran atas segala kalam. Kelebihan Syaaban atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihanku atas segala Anbia’. Kelebihan Ramadhan atas bulan- bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas sekelian makhlukNya.’
Bulan Syaaban - keagungan malamnya dengan Nisfu Syaaban seperti keagungan Rejab dengan malam Isra’ Mikrajnya, dan keagungan Ramadhan dengan Lailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Syaaban telah datang Jibril kepada Rasulullah S.A.W. lalu katanya :-
‘Angkat kepalamu ke langit, itulah malam yang dibukakan Allah padanya tiga ratus rahmat dan diampunkan Allah sekelian orang yang tiada syirik denganNya sesuatu, kecuali tukang nujum, kekal dalam zina, kekal minum arak dan derhaka terhadap ibubapa.’
Sabda Nabi S.A.W. :-
‘Allah menilik kepada hambaNya pada malam Nisfu Syaaban maka diampunkan dosa segala makhlukNya melainkan orang syirik dan orang yang tiada bertutur dengan saudaranya.
Sabdanya lagi :-
‘Apabila pada malam Nisfu Syaaban maka berjagalah kamu pada malamnya bersembahyang, beribadat, dan puasa kamu pada siangnya. Allah berfirman, Adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang ditimpa bala Aku afiatkannya. Adakah orang yang meminta rezki maka Aku rezkikannya, demikianlah pertanyaan lainnya sehingga keluar fajar subuh.